Selamat Datang

Objektif

Sistem Pengurusan Aset Menyeluruh Kerajaan Malaysia

Pematuhan Pekeliling Kerajaan

Memastikan dasar dan peraturan berkaitan pengurusan aset dipatuhi sepenuhnya

Pengurusan Aset Menyeluruh

Penggunaan Teknologi Maklumat bagi pengurusan Aset Alih, Aset Hidup, Aset Tak Ketara dan Stor.

Integriti Pengurusan Aset Awam

Memastikan Kementerian dan Jabatan Kerajaan menguruskan aset dan wang awam dengan berhemat dan teratur.

Pelaporan Akaun

Memastikan pelaporan akuan aset di urus mengikut peraturan yang ditetapkan didalam standard akaun Kerajaan Malaysia

Pengurusan Penggunaan Aset

Memastikan penggunaan, pemeriksaan dan senggaraan aset di rekod dengan baik bagi proses pemantauan.

Soalan-Soalan Lazim

Senarai soalan lazim yang biasa diutarakan dimana ianya melibatkan pengurusan aset dan stor


  • Pekeliling Perbendaharaan AM Tahun 2018: Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (PP AM 2018)
  • Pegawai Aset di Kementerian/ Jabatan/ PTJ hendaklah dilantik oleh Ketua Setiausaha/ Ketua Pengarah/ Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) peringkat Kementerian atau Ibu Pejabat
    Jabatan. 
    (Rujukan PP - AM 1.1 Perkara 7)

  • Aset Alih bermaksud aset atau peralatan yang boleh dipindahkan atau dialihkan dari satu tempat ke tempat lain secara mudah termasuk Aset Alih yang dibekalkan bersekali dengan penyediaan bangunan atau
    infrastruktur lain. 
    (Rujukan PP – AM 2.1 Perkara 2)

  • Harta Modal:
    Aset Alih yang harga perolehan asalnya RM 2,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Ribu) atau lebih setiap satu unit. 

    Aset Alih Bernilai Rendah:
    Aset Alih yang harga perolehan asalnya kurang daripada RM 2,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Ribu) setiap unit.
    (Rujukan PP - AM 2.1 Perkara 3)


  • Aset alih yang dibekalkan bersekali dengan bangunan hendaklah didaftarkan dalam KEW.PA-3 dan KEW.PA-4. 
    (Rujukan PP – AM 2.3 Perkara 4)


  • Aset Alih yang disewa daripada syarikat/ pembekal/ pengilang seperti mesin fotostat, kenderaan dan sebagainya tidak perlu didaftarkan di bawah tatacara ini. Satu senarai aset alih yang disewa hendaklah
    disediakan oleh Kementerian/Jabatan/ PTJ bagi tujuan rekod. 
    (Rujukan PP - AM 2.3 Perkara 6)


  • Aset alih Kerajaan boleh dilupuskan berdasarkan justifikasi berikut:
    1. Tidak ekonomik untuk dibaiki
    2. Usang/Obsolete
    3. Rosak dan tidak boleh digunakan
    4. Luput tempoh penggunaan
    5. Keupayaan aset alih tidak lagi diperingkat optimum
    6. Tiada alat ganti di pasaran
    7. Pembekal tidak lagi memberi khidmat sokongan
    8. Tidak lagi diperlukan oleh Jabatan
    9. Perubahan teknologi; dan
    10. Melebihi keperluan
    (Rujukan PP – AM 2.7 Perkara 2)


  • Ketua Jabatan hendaklah menyediakan Laporan Awal Kehilangan Aset Alih KEW.PA-33 (Lampiran A) bagi kehilangan Aset Alih yang telah berlaku di jabatan di bawah kawalannya. Bagi kehilangan yang melibatkan
    seseorang Ketua Jabatan, Laporan Awal hendaklah disediakan oleh pegawai atasannya di peringkat Kementerian atau Ibu Pejabat. Ketua Jabatan di mana kehilangan berlaku hendaklah dengan segera, dalam
    tempoh dua (2) hari bekerja selepas Laporan Polis dibuat dan menghantar Laporan Awal serta Laporan Polis terus kepada Pegawai Pengawal bagi Kementerian atau Jabatan berlakunya kehilangan dan Ketua
    Setiausaha Perbendaharaan. Salinan Laporan Awal hendaklah dihantar kepada Akauntan Negara, Ketua Audit Negara dan wakil tempatan Ketua Audit Negara
    (Rujukan PP – AM 2.8 Perkara 4.2)

G-Suite - Apps

Sistem Pengurusan Aset Menyeluruh bagi Aset Alih, Aset Hidup (Ikan, Haiwan dan Tumbuhan), Aset Tak Ketara, Pengurusan Stor dan Pelaporan Eksekutif Pengurusan Aset JKPAK